Resepi Agar-Agar Milo Oreo – Pagi pagi lagi hari ni, saya bangun terus ke dapur. Macam bermimpi ke. Kebetulan hari ini saya masih lagi bercuti separuh hari pagi kerana kepenatan dalam perjalanan semalam. Resepi ini saya jumpa pagi semalam semasa berbaring malas di Gurney Hotel Penang, saya terpandang Agar agar Milo Lapis Oreo yang dipost oleh Along Home Creation, nampak sungguh cantik.

Oleh kerana Boy memang suka milo, saya fikir ada baiknya saya ini mencuba resepi ini. Malahan semasa di Penang, Boy selalu order Ais Milo setiap kali kami singgah makan dan minum. Boy makan agak cerewet tetapi tidak lah meminta minta, bila dia tak suka akan sesuatu, dia tak makan lah tanpa banyak komplen. Boy pun akan menamatkan cuti semester selama 2 bulan dalam beberapa hari lagi ini. Akan kembali ke kampus bagi memulakan pengajian tahun kedua beliau. Hmm definitely going to miss him sebab selama cuti, dia banyak menolong saya menyiram pokok dan juga vaccum rumah.
Sesampai dia Kota Damansara, terus minta hubby belikan setin Milo dan juga biskut Oreo. Oleh kerana sampai rumah malam tadi dah agak lewat, saya cuma sempat menyediakan kuih Puteri Ayu sahaja. Jadi itu yang hari ini pagi pagi lagi masuk dapur menyediakan Agar Agar Milo Dengan Oreo kerana rasa macam lama tak masuk dapur siang hari. Asyik ambik gambar waktu malam menggunakan lampu jer. Gambar agak kekuningan, tak cantik gitu.
[irp]
Resepi Agar-Agar Milo Oreo
Tapi saya kena admit lah, kejadian agar agar ini kurang cantik kerana adunan putih belum betul betul keras, saya dah tuang adunan Milo yang last tu. Biskut oreo pun tak tenggelam cantik. Lapisan milo pun tak sama ketebalannya. Belum keras lagi, saya dah potong kerana lepas ni nak ke pejabat pula. Ya lah, pagi pagi sangat, tu yang agak mamai sikit. Jom layan resepi dulu….
[irp]
Bahan bahan :
- 10 gram serbuk Agar-Agar
- 750 ml air
- 160 gram gula
- 1 tin (400g) susu cair
- 3/4 cawan serbuk Milo
- 1 bungkus (137g) biskut Oreo – patah2kan tapi biarkan sandwich 2 lapis
Cara memasak :
- Masak serbuk agar agar dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak sehingga gula larut. Masukkan susu cair, kacau sebati sehingga mendidih.
- Asingkan 2 cawan ke dalam periuk yg lain dan campurkan milo sehingga sebati.
- Tuangkan 1 cawan campuran milo ke dalam acuan. Panaskan campuran milo yang separuh lagi dengan api paling kecil supaya tidak membeku.
- Apabila permukaan milo mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi. Taburkan biskut oreo. Apabila permukaan putih mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
- Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dalam peti sejuk.
Tips Melapis :
- Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat. Jika membeku semua, guris guriskan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
- Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dengan baik.