Warning: Parameter 2 to __search_by_title_only() expected to be a reference, value given in /www/wwwroot/phoenixhillna.org/wp-includes/class-wp-hook.php on line 310

Warning: Parameter 2 to __search_by_title_only() expected to be a reference, value given in /www/wwwroot/phoenixhillna.org/wp-includes/class-wp-hook.php on line 310
√Resepi Apam Labu Sukatan Cawan

Resepi Apam Labu Sukatan Cawan

Resepi Apam Labu – Saya tidak bercadang untuk memasak pun, hanya mahu memasak nasi, sedangkan lauk pauk dan kuih muih dibeli sahaja. Kalau saya masuk ke dapur pun, mungkin di hari minggu sahaja. Itu hanya pelan sahaja. Cuma saya perlu memikirkan makanan untuk dimakan.

Resepi Apam Labu
Gambar Apam Labu

Puas memandang siling, akhirnya teringat nak membuat apam labu lah. Rasanya macam OK jer bahan bahannya, tak ada pulak yang doktor kata tak boleh diambil. Ini adalah kira kuih sebelum datangnya bulan ramadhan esok lah. Yang sebenarnya benarnya saya dah rindukan dapur.  Apalagi semasa di wad, asyik menjamu mata dengan lauk pauk dan kuih muih yang sedap sedap.

[irp]

Resepi Apam Labu

Malam ini dah mula sayang. Tapi macam biasa, saya buat kuih ni setengah adunan jer kerana anak anak kami tak suka sangat makan kuih muih. Itu pun boleh 12 biji apam menggunakan acuan yang memang cukup untuk kami sekeluarga. Jom layan resepinya.

[irp]

Bahan A :

  • 2 sk yis segera
  • 1 sk gula kaster
  • 3 sb air suam

Bahan B :

  • 230 gm labu (rebus dg kulit dan scoop isi dan timbang)
  • 150 gm gula
  • 1 biji telur
  • 150 ml santan kelapa pekat

Bahan C (ayak bersama) :

  • 200 gm tepung gandum
  • 1  1/2 sk baking powder

Cara memasak :

  1. Satukan bahan A. Ketepikan 5-10 minit.
  2. Kisar dg blender bahan B hingga sebati. Tuang dalam mangkuk besar. Masukkan bahan C ke dalam bahan B sedikit demi sedikit sehingga sebati.
  3. Masukkan bahan A ke dalam adunan dan gaul rata. Tutup dan biarkan dalam 1 jam.
  4. Panaskan pengukus dengan api yang besar. Lenser minyak pada acuan dan tuangkan adunan. Kukus dalam 15-18 minit. Guna api slow jika tak mahu apam menjadi mekar.
  5. Hidangkan dengan kelapa parut yang digaul dengan garam dan dikukus seketika.

Leave a Comment