Resepi Bingka Cempedak – Semasa ke masjid pada Sabtu lepas, saya mengambil beberapa cempedak biji yang dibawa oleh Ustaz sambil menderma. Maklum di bulan Ramadhan ni, kita tidak punya banyak masa untuk makan cempedak. Kalau masa biasa, boleh jer dibuat cempedak goreng untuk makan minum petang dsb. Jadi saya mula memikirkan apa yang kuih menggunakan cempedak sebagai bahan utama.

Resepi Bingka Cempedak
Menyediakan bingka ni sangat mudah. Yang lamanya masa membakar jika kita mahu lebih kerak dan juga masa menunggu kuih disejukkan. Kuih bingka ni memang patut betul betul sejuk sebelum boleh dipotong untuk menghasilkan potongan yang cantik. Saya membuat 1 1/2 adunan dan menggunakan loyang 10x10x3 dan 1 krom buatan. Jom layan resepi di bawah ini.
[irp]
Bahan-bahan ( loyang 10 x 7 in) :
- 240 gm tepung gandum
- 150 gm gula pasir (boleh kurangkan,jika cempedak manis)
- 1/2 sudu kecil garam
- 80 gm mentega cair
- 1/2 sudu kecil pewarna oren/kuning
Kisar halus :
- 300 gm isi cempedak
- 650 ml santan
- 2 biji telur
Cara memasak :
- Tepung, gula dan garam dimasukkan ke dalam mangkuk dan rata rata.
- Kisar halus santan, cempedak dan telur dan tuangkan ke dalam mangkuk tepung tadi dan gaul sebati.
- Tuang mentega cair dan pewarna dan digaul lagi hingga sebati dan tepung tak bergentel gentel.
- Tuang adunan ke dalam loyang yg digris (alas aluminium foil dan gris agar kuih tak melekat pada dasar loyang).
- Bakar hingga masak dan kering permukaan bingka selama 45 min hingga 1 jam padasuhu 170C. Saya bakar 140 minit kerana saya membuat 1 1/2 adunan menggunakan loyang 10x10x3.
- Sejukkan bingka dan bolehlah dipotong dan disajikan.