Warning: __search_by_title_only(): Argument #2 ($wp_query) must be passed by reference, value given in /www/wwwroot/phoenixhillna.org/wp-includes/class-wp-hook.php on line 310

Warning: __search_by_title_only(): Argument #2 ($wp_query) must be passed by reference, value given in /www/wwwroot/phoenixhillna.org/wp-includes/class-wp-hook.php on line 310
√Resepi Bingka Durian Sedap

Resepi Bingka Durian Sedap

Resepi Bingka Durian – Kalau semalam, saya menyediakan Kuih Talam Durian, hari ini saya buat Kuih Bingka Durian. Kalau tidak buat masa ini, alamak susahlah untuk membuatnya di masa lain kerana anak anak saya tidak menyukai kuih kuih Melayu seperti ini. Kuih Bingka ini di Kelantan dikenali dengan Kuih Bengkang. Ianya adalah dua perkara yang sama, cuma panggilan sahaja berbeza.

Resepi Bingka Durian
Gambar Bingka Durian

Saya suka menyediakan kuih kuih bingka kerana ia sangat cepat disediakan, masukkan semua sekali ke dalam blender dan siap untuk dibakar. Bakar dalam 1 jam atau sehingga kering sementara kita boleh melakukan kerja lain. Selain mudah dan cepat, saya memilih untuk membuat kuih Bingka hari ini kerana masih memiliki stok durian yang dibawa balik dari kampung hubby dan disimpan di dalam freezer.

[irp]

Resepi Bingka Durian

Kalau untuk dimakan begitu sahaja atau untuk dimakan dengan durian durian, rasanya dah tak sedap. Jadi makanya, terjadilah kuih muih dari isi durian untuk hidangan kami petang nanti. Jom layan resepi yang sangat mudah tetapi menghasilkan kuih yang sangat sedap. Apa lagi penggemar durian, jom cuba buat sendiri di rumah sebagai hidangan petang untuk mengetahui bagaimana sedapnya.

[irp]

Bahan bahan :

  • 4 biji Telur
  • 350gm Gula Pasir
  • 350gm Tepung Gandum
  • 350gm Isi Durian (guna 400gm)
  • 2 sb Tepung Beras
  • 400ml Santan Kotak
  • 300ml Air
  • 2 sb Mentega Cair
  • ½ st Garam
  • Pewarna Kuning
  • Sedikit bijan

Cara memasak :

  1. Masukkan kesemua bahan bahan ke dalam pemproses makanan / pengisar sehingga sebati.
  2. Tuangkan ke dalam loyang saiz 9 inci persegi (saya guna loyang saiz 10×7 inci) yang di lapik aluminium kertas dan diminyakkan. Tabur bijan dan bakar pada suhu 180C selama 1 jam atau sehingga masak dan keringkan permukaannya.
  3. Biarkan betul betul sejuk sebelum di potong dengan plastik pisau untuk menghasilkan potongan kuih cantik.

Leave a Comment