Resepi Bread – Saya memilih resepi ini kerana teruja membaca apa yang ditulis di resepi ini sebagai A Keeper recipe. Tapi bagi tujuan perkongsian ilmu tak perlu ditulis sumber sumber sebelum sebelumnya kerana ganjaran perkongsian itu sudah ada dengan sendirinya. Ianya perlu ikhlas dan hanya semata mata kerana Allah.

Walaupun tak ada rancangan langsung untuk membuat roti malam ini, saya tiba tiba jer mula membancuh bahan bahan walaupun masa itu saya sedang menyediakan bahan bahan untuk memasak Rendang Cili Padi Noghori. Itulah saya, kalau nak membuat sesuatu, saya tu memang tak reti nak bertunggu tunggu.
[irp]
Yang sebenarnya bila kita memasak dalam keadaan badan penat dan tergesa gesa ni, pasti hasilnya tak sempurna. Ya begini lah sambil memasak lauk pauk untuk makan malam, saya juga berkejar menyediakan adunan doh roti. Lepas tu, break jap untuk solat maghrib.
Resepi Bread
Hmmm sebenarnya sedang mencari alasan pasal permukaan roti saya yang tak cantik dan licin macam yang orang lain buat walaupun rasanya sedap. huhuhu…. sungguh tak puashati. Nampaknya kena minta talian hayat di kampung lah. Jom lah layan resepi dulu…
[irp]
Bahan A :
- 500g tepung gandum@tepung roti
- 100g gula
- 30g susu tepung
- 11g yis mauripan
- 1sk garam
- 1sk bread improver – optional
- 1sk bread softener – optional
Bahan B :
- 80g butter@marjerin
- 250ml air
- 1 biji telur – kacau sedikit
Bahan C :
- Gula pasir – tabur
Cara memasak :
- Satukan semua bahan A. Buat lubang di tengah tengah lalu masukkan bahan B ke dalam bahan A dan uli sehingga sebati. Masukkan bahan C dan terus uli sehingga nampak berkilat dan doh tidak melekat di tangan. Biarkan dalam 30-40 minit.
- Tengok doh dah mengembang lebih dari sekali ganda. Tumbuk doh untuk mengeluarkan udara.
- Bahagikan doh (timbang) dalam 50 gram setiap satu. Bulatkan dan susun dalam loyang yang telah dilenser dengan majerin dan tepung. Biarkan dalam 10 minit.
- Sebelum dibakar spray permukaan roti dengan air biasa dan taburkan gula. Bakar suhu 180 selama 25-30min atau sehingga masak.
- Sejurus keluar dari oven, sapukan permukaan roti dengan butter@marjerin dan sejukkan di atas redai.
- Simpan di dalam bekas kedap udara. Roti akan kekal lembut dan gebu.