Resepi Cake Chocolate Lava

Share Yuk!

Resepi Cake Chocolate – Kuih chocolate lava cake ini disediakan oleh Nellisa dan Juita malam tadi. Saya hanya tolong membeli bahan bahannya sahaja. Aween pula bertindak sebagai juru gambar kerana saya tertidur keletihan selepas seharian di dapur semalam.

Resepi Cake Chocolate
Gambar Cake Chocolate Lava

Itulah yang saya katakan budak budak zaman sekarang, memang suka kuih kuih modern dan western macam dessert ini. Chocolate lava yang tengahnya ada liquid yang akan cair di dalam mulut. Tapi kalau kuih seperti ini, mesti dipastikan dulu chocolate nya adalah chocolate yang baik dan bermutu. Boleh dihidangkan begitu saja atau dengan lain lain sauce seperti rasperry sauce dsb.

Resepi Cake Chocolate

Moelleux au Chocolat… A French classic that literally melts in your mouth!!! Dessert ini akan disediakan dalam ramekin. Kebetulan baru ni, saya ada beli 4 biji ramekin sebab ingat nak buat Durian Souffle. Jom kita layan resepi yang can make everyone falls in love with this dessert….

Bahan bahan (4 orang) :

  • 6 oz. Semi-Sweet Baking Chocolate (or use your favorite 70% dark chocolate bar)
  • 6 oz. Butter (diced, room temperature)
  • 3 Eggs
  • 1/2 cup Granulated Sugar
  • 1/3 cup Flour
  • Butter for Ramekins

Cara memasak :

  1. Panaskan oven pada suhu 175C.
  2. Cairkan coklat atas api yang kecil secara double boiler. Tutup api. Masukkan butter dan kacau sehingga ianya cair
  3. Dalam mangkuk lain, putar telur dan gula sehingga hampir menjadi putih, tuangkan bancuhan coklat dan kacau. Masukkan pula tepung gandum.
  4. Sapu butter pada ramekin dan tuang adunan ke dalamnya. Bakar dalam 10 minit.
  5. Terbalikkan ramekin dalam pinggan masa dihidangkan.

Tips :

  • Sediakan chocolate lava cake ahead of time dan bakar sebelum dihidangkan.
  • Semasa menyapu butter, mulakan di bahagian bawah dahulu dan dinaikkan ke atas. Ianya akan membantu chocolate naik lebih tinggi semasa dibakar.
  • Masa membakar pula bergantung kepada berapa cair chocolate yang kita sukai. Kita mahu atas masak sepenuhnya tetapi bahagian tengahnya cair. Boleh check menggunakan toothpick selepas 10 minit. Tapi jika tak suka bahagian tengah yang cair, boleh tambah masa membakar dan kita akan dapat kek chocolate yang moist


Share Yuk!

Leave a Comment