Warning: __search_by_title_only(): Argument #2 ($wp_query) must be passed by reference, value given in /www/wwwroot/phoenixhillna.org/wp-includes/class-wp-hook.php on line 310

Warning: __search_by_title_only(): Argument #2 ($wp_query) must be passed by reference, value given in /www/wwwroot/phoenixhillna.org/wp-includes/class-wp-hook.php on line 310
√Resepi Fried Ice Cream

Resepi Fried Ice Cream

Resepi Fried Ice Cream – Hmm anak anak sekarang mempunyai selera makan yang berbeza dengan saya terutamanya yang walaupun sudah berpuluh tahun menetap di KL, masih mempunyai thukak dan selera kampung. Malahan saya pula yang kena belajar menyesuaikan diri dengan selera mereka ketika keluar makan untuk merayakan hari istimewa hari keluarga dengan mengunjungi restoran pilihan mereka.

Resepi Fried Ice Cream
Gambar Fried Ice Cream

Ada makanan yang dipesan, adalah makanan yang tidak pernah dimakan tetapi setelah diminta mencubanya, maka terasa sedapnya. Begitulah bila ibu bapa terpaksa belajar dengan anak anak. Tak ada salahnya kita belajar sesuatu dari anak anak kalau itu yang mereka tahu lebih dari apa yang kita tahu. Pada resepi anak anak yang dikongsikan di sini, pada saya memanglah sedap tapi bukan selera saya kerana saya tidak menggemari es krim.

[irp]

Resepi Fried Ice Cream

Saya hanya suka ais krim bubur kacang hijau yang dijual dalam plastik panjang semasa saya kecil kecil dahulu. Itulah ais krim terbaik dan tersedap pada saya. Dulu setiap petang, pasti menunggu penjual ais krim melalui depan rumah kami dengam berbasikal sambil membunyikan belang. Itu ais krim masa kanak kanak, kalau ais krim zaman sekarang, tentunya saya suka ais krim di Baskin Robbin. Jom layan resepi di bawah ini.

[irp]

Bahan bahan :

  • Vanilla Ice Cream 
  • 5 cawan cornflakes – hancurkan
  • 1 cawan flaked coconut
  • 1 sudu besar serbuk kayu manis
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar susu
  • Minyak untuk menggoreng

Cara memasak :

  1. Sapukan sebanyak 1/2 cawan ais krim dan diletakkan di atas loyang yang berlapik waxed paper dan simpan dalam freezer selama 1 jam.
  2. Satukan cornflakes, kelapa dan serbuk kayu manis dalam satu mangkuk dan ketepikan.
  3. Di dalam bekas lain, pukul telur dan susu hingga sebati.
    Keluarkan ais krim dari peti sejuk dan digolek atas campuran campuran sebelum ini sehingga bersalut rata.
  4. Kemudian golekkan ke dalam adunan telur sebelum digolekkan sekali lagi dalam adunan cornflakes. Selepas itu, masukkan semula ke dalam peti sejuk selama 1 jam atau sehingga menjadi lebih keras.
  5. Panaskan minyak agar betul betul panas dan masukkan ais krim ke dalamnya dan goreng secara mendalam selama 20-30 saat.
  6. Angkat dan letakkan tuala kertas. Bolehlah dihidangkan dengan madu dan strawberi.

Leave a Comment