Warning: __search_by_title_only(): Argument #2 ($wp_query) must be passed by reference, value given in /www/wwwroot/phoenixhillna.org/wp-includes/class-wp-hook.php on line 310

Warning: __search_by_title_only(): Argument #2 ($wp_query) must be passed by reference, value given in /www/wwwroot/phoenixhillna.org/wp-includes/class-wp-hook.php on line 310
√Resepi Fruit Cocktail Pudding

Resepi Fruit Cocktail Pudding

Resepi Fruit Cocktail Pudding – Teringat zaman saya kat kampung dulu, bila malam raya, kami mesti membuat fruit cocktail puding. Macam satu kemestian berhari raya di Kelantan mesti ada kuih agar agar. Tak kiralah agar agar sirap merah kosong, agar agar kering atau puding buah buahan. Hari raya masa tu sebelum saya mendaftar di Universiti Malaya, kami membuat banyak agar agar kering yang kemudiannya kakak bekalkan untuk saya bawa ke kampus. Tapi bukan saya yang makan pun tapi kawan kawan satu tingkat.

Resepi Fruit Cocktail Pudding
Gambar Fruit Cocktail Pudding

Berbalik pada resepi ini, ianya diambil dari resepi baru. Tidak menggunakan resepi saya yang telah disimpan sejak dulu. Saya suka resepi yang menggunakan bahan yang ringkas tetapi tetap menghasilkan rasa yang sama.

[irp]

Resepi Fruit Cocktail Pudding

Puding ini dimasak oleh Juita dengan dibantu oleh Aween. Mudah dan sangat cepat disediakan. Bolehlah makan petang petang nanti. Best nyer kalau selalu cuti panjang macam cuti CNY tahun ni. Jom kita tengok resepi dulu…

[irp]

Bahan-bahan :

  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 1 tin susu sejat penuh krim
  • 1/2 cawan gula
  • 3 cawan air
  • 1 tin fruit cocktail

Cara memasak :

  1. Campurkan serbuk agar-agar bersama gula. Tambah air ke dalam campuran serbuk agar-agar tadi dan kacau sehingga rata. Masak sehingga mendidih.
  2. Masukkan susu sejat dan kacau rata. Lepas tu, bolehlah ditutup api.
  3. Tapis buah-buahan cocktail, buang airnya. Masukkan buah-buahan cocktail ke dalam agar-agar dan dan kacau rata.
  4. Tuangkan ke dalam acuan yang anda gemari dan ketepikan sebentar. Masukkan kedalam peti ais dan biarkan ia keras.
  5. Keluarkan dari peti sejuk dan bolehlah dihidangkan.

Enjoy …

Leave a Comment