Resepi Kuih Akok Mudah

Share Yuk!

Resepi Kuih Akok – Kuih Akok adalah kuih tradisional yang tersohor di negeri Che Siti Wan Kembang, negeri kelahiranku ini. Akok yang sedap biasanya lemak, lembut dan berkedut kedut rupanya. Masih ingat lagi kuih Akok yang sedap di jual di pasar Bachok sehinggakan my sister order kuih Akok untuk majlis pernikahan beliau. Tapi kini saya nak cari akok yang benar benar sedap di Bachok atau Jelawat, tak ada lagi. Semuanya macam dah short cut, bakar guna oven elektrik jer, bukan lagi dapur kayu dengan sabut seperti dulu dulu.

Resepi Kuih Akok
Gambar Kuih Akok Berkedut Kedut

Tapi di KL ni, ada tempat yang menjual akok yang sedap. Nak tahu di mana? Tempatnya ialaaah… hehehe kasi suspen sikit. Saya kalau setiap kali ke sini, mesti bungkus 2 atau 3 bungkus akok sedap untuk dibawa balik ke pejabat atau rumah. Dalam kereta tu, tentunya beberapa biji dah missing. Hmm maknanya sedap lah tu.

Eh eh lupa pulak, saya belum kasi tahu kat mana tempatnya. Alaaa tu haa depan dengan PPZ kat Chow Kit tu, restoran makanan Kelantan yang famous tersohor tu, Restoran MMZ. Nanti kalau saya tak nak buat sendiri, gi jer sana dan beli akok, sedap.

Resepi Kuih Akok Berkedut Kedut Yang Sedap

Memang rasa macam akok yang dimasak oleh orang Kelantan di Kelantan lah. Bukan apa, orang Kelantan ni bila berada di KL, masakan Kelantan dah tak jadi macam original masakan Kelantan. Saya pun tak faham kenapa jadi gitu, banyak cut short ke apa ke. Kuih Akok ni memang sedap, tengok dah berapa kali tu, cakap sedap, sedap. Maknanya betul betul sedap lah dan diet pun gerenti hancuish. Anak anak tak berapa gemar kuih tradisional camni. Jom layan resepi ni.

Bahan-bahan (21 biji) :

  • 5 biji telur
  • 200 ml pati santan
  • 100 ml air
  • 150 gram gula melaka 
  • 30 gram tepung gandum
  • 3 helai daun pandan – disiat-siat
  • 2 cubit garam halus 

Cara memasak :

  1. Panaskan minyak, kacau sehingga ramuannya. Masukkan rempah kari dan kacau sehingga minyak pecah.
  2. Masukkan daging / ayam dan air. Tutup daging dengan cepat.
  3. Keluarkannya, masukkan kentang. Masak sehingga kentang lembut dan teras kering. Jika belum lembut, tambahkan sedikit air.
  4. Laraskan rasa garam dan gula. Angkat dan biarkan teras sejuk.


Share Yuk!

Leave a Comment