Warning: __search_by_title_only(): Argument #2 ($wp_query) must be passed by reference, value given in /www/wwwroot/phoenixhillna.org/wp-includes/class-wp-hook.php on line 310

Warning: __search_by_title_only(): Argument #2 ($wp_query) must be passed by reference, value given in /www/wwwroot/phoenixhillna.org/wp-includes/class-wp-hook.php on line 310
√Resepi Kuih Bakar Kemboja Mat Gebu

Resepi Kuih Bakar Kemboja Mat Gebu

Resepi Kuih Bakar Kemboja – Kuih Bakar Kemboja ini saya menyediakan satu hari selepas saya menyediakan Kuih Bakar yang sebelum ini. Ini kerana dek teringat ingat keenakan kuih bakar itu. Saya lebih suka makan kuih bakar yang dah sejuk, baru boleh dirasa lemak dan manisnya. Kali ini saya buat hanya separuh adunan iaitu untuk 2 biji Kuih Bakar Kemboja.

Resepi Kuih Bakar Kemboja
Gambar Kuih Bakar Kemboja

Resepi Kuih Bakar Kemboja

Saya membahagikan adunan kepada 2 dan untuk rujukan saya pada masa akan datang, saya masukkan di bawah ini resepi yang menggunakan separuh adunan seperti kuantiti dalam kurungan. Kalau sekadar nak melayan diri sendiri, buat 2 biji kuih Bakar Kemboja dah dah cukup. Jom layan resepi dulu.

[irp]

Bahan bahan :

  • 2 cawan tepung gandum – (1 cawan)
  • 2 1/2 cawan santan – (1 1/4 cawan)
  • 1 cawan jus pandan – (1/2 cawan)
  • 3/4 cawan gula – (1/2 cawan tak penuh)
  • 2 sudu besar butter – cairkan (1 sudu besar)
  • 3 biji telur – (2 biji)
  • 1/2 sudu kecil garam – (1/4 sudu kecil)
  • Pewarna hijau
  • Sedikit bijan – untuk ditabur

Cara memasak :

  1. Satukan semua bahan dan campuran hingga sebati dan tepung tidak berbintil.
  2. Panaskan acuan kuih terlebih dahulu di atas dapur api. Kalau ingin elakkan dari adunan melekat pada loyang, penuhkan loyang dengan minyak masak. Lepas tu panaskan sehingga keluar asap (betul betul panas). Kemudian tuang (keluarkan) minyak tu dari cetakan. Kecilkan api sekecil kecilnya.
  3. Lenser minyak atau mentega pada acuan dan tuang adunan ke dalamnya dalam 3/4 penuh. Semasa dibakar, kuih akan naik tinggi. Kemudian taburkan bijan di atasnya.
  4. Masak sebentar di atas gas dapur selama 5-7 minit dengan api sangat kecil yang bertujuan untuk mendapatkan kulit yang agak garing. Kemudian sambung bakar kuih di dalam ketuhar suhu 180C selama 30 – 40 minit sehingga permukaan kuih nampak keperang-perangan.
  5. Apabila dah sejuk, bolehlah dipotong mengikut bentuk cetakan.

Leave a Comment