Warning: __search_by_title_only(): Argument #2 ($wp_query) must be passed by reference, value given in /www/wwwroot/phoenixhillna.org/wp-includes/class-wp-hook.php on line 310

Warning: __search_by_title_only(): Argument #2 ($wp_query) must be passed by reference, value given in /www/wwwroot/phoenixhillna.org/wp-includes/class-wp-hook.php on line 310
√Resepi Kuih Cek Mek Molek Mat Gebu

Resepi Kuih Cek Mek Molek Mat Gebu

Resepi Kuih Cek Mek Molek – Kuih Cek Mek Molek adalah kuih yang cukup sinonim dengan negeri Kelantan. Sejak kecil lagi saya sudah pandai menyediakan kuih ini. Bukan orang Kelantan kalau tak pandai buat kuih tradisi negeri Kelantan ini. Hahaha janganlah ada yang marah bila saya menulis begitu.

Resepi Kuih Cek Mek Molek
Gambar Kuih Cek Mek Molek

Telah lama Juita minta dibuat Kuih Cek Mek Molek tapi asyik tertangguh kerana hubby tak beli ubi keledek yang menjadi bahan utama. Membuat che mek molek ni sangat mudah. Tak perlu sukatan pun, agak agak adunan ubi dan tepung gandum dah melekat di bekas, dah boleh digentel, kira ok lah. Sangat mudah dan sangat cepat menyediakannya.

[irp]

Resepi Kuih Cek Mek Molek

Pagi cuti hari krismas, saya masuk ke dapur awal kerana menyediakan kuih Cek Mek Molek dan selepas itu, saya bercadang untuk ke OU dengan anak anak. Sementara pihak majikan saya membuat tawaran diskaun pembelian buku di MPH, saya ingin membeli buku buku dan beberapa naskah Al Quran. Jom layan resepi kampak saya pagi ini.

[irp]

Bahan bahan :

  • 2 ketul besar ubi keledek
  • 1 cawan tepung gandum
  • Gula pasir secukupnya

Cara memasak :

  1. Rebus ubi keledek sehingga empuk. Kupas kulit dan tumbuk sehingga lumat. Satukan dengan tepung gandum sehingga menpunyai doh yang boleh digentel.
  2. Ambik adunan sebesar bola ping pong. Bulat bulatkan dan kemudian baru dileperkan.
  3. Masukkan gula pasir secukupnya. Tutup kemas dan gelek gelek antara dua tapak tangan sehingga permulaannya kemas.
  4. Goreng dengan api sederhana sehingga keparah. Sedia untuk diangkat dan disajikan.

Leave a Comment