Warning: __search_by_title_only(): Argument #2 ($wp_query) must be passed by reference, value given in /www/wwwroot/phoenixhillna.org/wp-includes/class-wp-hook.php on line 310

Warning: __search_by_title_only(): Argument #2 ($wp_query) must be passed by reference, value given in /www/wwwroot/phoenixhillna.org/wp-includes/class-wp-hook.php on line 310
√Resepi Kuih Talam Berlauk Sedap

Resepi Kuih Talam Berlauk Sedap

Resepi Kuih Talam Berlauk – Sebelum ini memang saya tidak pernah beli, tak pernah makan apalagi untuk membuatnya sendiri. Memang tidak terliur langsung lah. Entah kenapa kelihatan gambar Talam Berlauk dari blog, jadi sangat teruja untuk mencoba memasak sendiri pulak. Itulah yang orang kata benci boleh bertukar sayang, begitu pula sebaliknya.

Resepi Kuih Talam Berlauk
Gambar Kuih Talam Berlauk

Biasanya resepi orang dulu dulu memang sedap kerana mereka membuat sendiri kuih muih untuk hidangan keluarga. Jadi apabila dimasak ulang kali, dah jadi pakar dalam masak masak. Zaman sekarang, kalau nak makan ramai yang memilih untuk membeli jer, termasuk saya. Sedangkan memasak ini perlu dibuat berulang kali untuk menghasilkan hasil yang sempurna.

[irp]

Resepi Kuih Talam Berlauk

Tapi saya agak kurang berpuashati dengan kejadian kuih talam ini kerana saya membuatnya selepas balik dari pejabat. Apabila siap sahaja, hari sudah senja dan matahari mula tenggelam. Saya dah mula geram dan terus memaksa kuih tu dikeluarkan dari cetakan sebelum ia benar benar sejuk. Jadi kejadian kuihnya tak nampak licin dan cantik dan gambar juga kabur kabur. Hmmm memang tak puashati. Apa apa pun kuih ini memang sedap. Jom layan resepinya.

[irp]

Bahan bahagian bawah : 

  • 3 cawan tepung gandum
  • 200 ml santan cap Ayam/1 cawan santan segar pekat
  • 4 cawan air atau santan cair
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 biji telur ayam
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 sudu kecil garam atau secukup rasa 

Cara memasak :

Satukan semua bahan dan blend. Tapis dan tuang ke dalam bekas. Ketepikan. Asingkan 1/4 cawan.

Bahan untuk Lauk :

  • 200 gram udang saiz kecil 
  • 8 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar udang kering (ditumbuk)
  • 2 biji cili merah
  • Sedikit daun sup dan daun bawang 
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • 1/4 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Sedikit minyak utk menggoreng + 1 sudu besar minyak sapi

Cara memasak :

  1. Hiris halus bawang merah, garam, cili merah, daun sup dan daun bawang. Udang kering ditumbuk halus.
  2. Goreng bawang merah dan bawang putih hingga kuning keemasan, angkat. Kemudian masukkan udang kering. Setelah naik bau dan kering, masukkan udang hidup yang dibuang kulit diikuti dengan cili merah. Bubuh sedikit bubuk lada sulah, sedikit gula dan garam secukup rasa.
  3. Apabila udang sudah masak, tutup api dan masukkan bawang yang digoreng tadi bersama daun sup dan daun bawang dan gaul rata. Ketepikan.

Cara Membuat Talam Berlauk :

  1. Tuang adunan bahagian bawah ke dalam bekas yang disapu sedikit minyak. Kukus selama lebih kurang 15 minit.
  2. Kemudian buka dan taburkan bahan lauk yang telah digoreng tadi dan ratakan. Titiskan tepung yg diasing tadi sedikit demi sedikit ke atas permukaan lauk tadi untuk melekatkannya.
  3. Kemudian sambung mengukus selama 45 minit lagi. Guna bekas kecil, saya cuma kukus lagi 20 minit. Setelah sejuk, baru dipotong dan bolehlah dihidangkan. Selamat Mencuba.

Nota :

  • Boleh disimpan dalam peti ais dan dikukus sekejap sebelum disajikan.
  • Lain kali, cukup untuk 1/3 adunan sahaja jika untuk dimakan keluarga saya sendiri.

Leave a Comment