Resepi Puding Balqis – Saya membuat Puding Balqis ini memang tanpa di rancang rancang. Oleh kerana hubby menjemput kawannya Encik Fuzi untuk makan tengahari di rumah, saya memikirkan apa puding yang akan di bawa ke Shah Alam petang nanti jika puding yang ada dihidangkan sebagai pencuci mulut untuk hidangan tengahari ini.

Resepi Puding Balqis
Saya terus membelek resepi mencari resepi puding yang mudah dan yang penting bahan bahan yang diperlukan tersedia di rumah kami. Maka itu, Puding Balqis yang cantik sekali menjadi pilihan. Tetapi saya tak sempat untuk menghias cantik cantik kerana saya menyediakan puding agak last minute. Jom layan resepi dulu….
[irp]
Bahan bahan :
- 1 paket agar agar serbuk (10gm)
- 450ml air
- 150ml susu cair
- 2 biji telur gred A
- 5 sb gula pasir
- 3 sb butter
- 1 sk vanila extract
- Pewarna mengikut citarasa masing masing
Cara memasak :
- Masakkan serbuk agar agar dengan air dan gula hingga mendidih kemudian masukkan butter dan susu cair. Masak lagi hingga mendidih sambil dikacau.
- Masukkan vanila dan padamkan api. Biarkan seketika (lebih kurang 15 – 20 minit) sehingga agar agar menjadi suam suam panas.
- Pukul telur hingga betul betul kembang (buang tali pusat telur untuk menghilangkan bau hanyir pada telur) dan masukkan adunan agar agar ke dalam bekas berisi telur tadi dengan perlahan lahan. Kacau hingga sebati.
- Bahagi adunan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna yg disukai. Kacau hingga serata warna adunan puding tadi.
- Sendukkan adunan puding ke dalam bekas atau loyang secara selang seli hingga adunan habis. Untuk meletakkan lapisan yg kedua tu pastikan diletak perlahan-lahan di bahagian tepi dan jgn dibahagian tengah supaya ia tak terus masuk dalam lapisan yg pertama. Boleh juga dituangkan atas sudu supaya ianya jatuh dengan perlahan lahan.
- Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan.