Resepi Puding Cheese – Dah lama berhajat nak cuba membuat Puding Cheese ini selepas ternampak puding ini. Dah beli pun biskut cheese semasa ke Giant hampir sebulan yang lepas tapi hajat asyik tertangguh dek keletihan dan kepenatan terutama sekembali dari bercuti.

Jetlag pula hampir seminggu ini, aduhaai kena terima lah hakikat yang faktor usia juga menyebabkan kelesuan yang agak lama. Pemulihan yang memakan masa. Lepas ini, akan bercuti sekali lagi, dan Insya Allah bersama famili pulak.
Berbalik lagi pada Puding Cheese, akhirnya hari ini selepas balik dari pejabat terus masuk dapur dan berjaya mengatasi kemalasan saya untuk menyiapkan juga Puding Cheese ini. Malas bukan sebab apa tapi saya tak punya blender kering. Jadi saya pun terpaksa menghancurkan biskut dengan menggunakan lesung penumbuk sahaja tapi OK juga sebab ianya tidak lah terlalu halus, jadi masih boleh dirasai tekstur biskutnya. Lagi sedap rasanya begini.
[irp]
Resepi Puding Cheese
Banyak juga terhasilnya puding ini, kalau hanya untuk kami anak beranak, lain kali cukup jer dibuat hanya separuh adunan. Kejadian pun agak cantik dengan menggunakan mould silikon comel comel yang dibeli di Bangsar tempohari. Tapi saya kurang berpuashati dengan gambar yang diambil tengah malam ni, kurang cantiklah. Apa apa pun jom layan resepi dulu…
[irp]
Bahan bahan :
- 13gm serbuk Agar-Agar
- 1 liter air
- 120g gula
- 3 biji telur
- 120-150g biskut cheese – blend halus
- 1 sb tepung kastad
- 400ml susu cair/susu segar
- 200gm susu pekat
- 50gm mentega
Cara memasak :
- Masak serbuk agar agar dengan air sehingga hancur. Kacau selalu. Masukkan gula dan kacau sehingga sebati.
- Pukul telur sehingga rata dan campurkan biskut dan tepung kastad. Kemudian masukkan susu dan kacau sebati.
- Tuangkan ke dalam adunan agar agar tadi dan tutup api apabila mendidih. Akhir sekali, masukkan mentega sehingga sebati.
- Tuang ke dalam acuan dan biarkan sejuk di suhu bilik. Sejukkan sebelum di hidangkan.
Terimakasih sudah membaca informasi resepi ini semoga bisa bermanfaat buat kalian.