Warning: __search_by_title_only(): Argument #2 ($wp_query) must be passed by reference, value given in /www/wwwroot/phoenixhillna.org/wp-includes/class-wp-hook.php on line 310

Warning: __search_by_title_only(): Argument #2 ($wp_query) must be passed by reference, value given in /www/wwwroot/phoenixhillna.org/wp-includes/class-wp-hook.php on line 310
√Resepi Puding Roti Karamel Mudah

Resepi Puding Roti Karamel Mudah

Resepi Puding Roti Karamel – Selain mee rebus dan kuih wajik, saya menyediakan Puding Roti Karamel sebagai hidangan pencuci mulut. Barulah lengkap hidangan petang. Saya memang biasa buat Puding Karamel tapi belum pernah cuba buat Puding Roti Karamel.

Resepi Puding Roti Karamel
Gambar Puding Roti Karamel

Ini memang resepi yang saya belajar dari sahabat saya sejak berpuluh tahun dahulu. Pada mulanya saya ingin mengukus di dalam bekas pyrex yang kecil kecil tapi terfikir lama pula, saya tak mengukus dalam bekas besar dan dipotong.

[irp]

Resepi Puding Roti Karamel

Nampak lebih cantik di meja hidangan. Tetapi tak ada pulak loyang yang bersaiz kecil, jadi bila guna loyang yang besar, puding dah menjadi terlalu nipis lah pulak. Banyak lagi rupanya peralatan dapur yang perlu dicari. OK lah, jom kita tengok resepi yang saya gunakan tadi….

[irp]

Bahan-bahan :

  • 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
  • 4 keping roti gardenia
  • 3 biji telur A @ 4 biji gred B – di pukul manja dan di tapis
  • 2 cawan air suam @ (1cwn susu cair + 1cwn air suam)
  • 1/2 cawan susu pekat – resepi asal 1 cawan
  • 1 sk esen vanilla

Cara memasak :

  1. Cara membuat gula hangus pertama, masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jadi perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). Kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
  2. Panaskan pengukus. Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
  3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak. (40min-1jam).
  4. Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.

Leave a Comment