Warning: __search_by_title_only(): Argument #2 ($wp_query) must be passed by reference, value given in /www/wwwroot/phoenixhillna.org/wp-includes/class-wp-hook.php on line 310

Warning: __search_by_title_only(): Argument #2 ($wp_query) must be passed by reference, value given in /www/wwwroot/phoenixhillna.org/wp-includes/class-wp-hook.php on line 310
√Resepi Puding Roti Pandan Kukus

Resepi Puding Roti Pandan Kukus

Resepi Puding Roti Pandan Kukus – Saya ini memasak puding roti pandan kukus ini adalah secara kebetulan sahaja. Hajat hati untuk membuat puding roti bakar dan telah pun beberapa hari lepas membeli bahan bahan yang diperlukan. Tiba tiba terpandang puding roti pandan kukus dalam toko lalu saya buka internet dan mencari resepi roti pandan kukus yang lain lain juga.

Resepi Puding Roti Pandan Kukus
Gambar Puding Roti Pandan Kukus

Saya begitu teruja untuk mencubanya selepas membaca dalam internet. Roti yang saya beli tempuhari pun dah habis sebab dimakan cicah dengan sup gear box yang saya masak pada hari Deepavali.

[irp]

Resepi Puding Roti Pandan Kukus

Tapi kerana semangat nak mencuba, saya membeli roti gardenia baru. Yaa ampuuunnn, bau puding ini memang sangat semerbak dan rasa puding ini memang sedap sekali, apalagi jika dimakan sejuk sejuk sebaik keluar dari peti ais. Jom kita layan resepi dulu…

[irp]

Bahan-bahan :

  • 12 keping roti putih/gardenia (tak perlu buang kulit tepi)
  • 15 helai daun pandan
  • 200 ml santan kotak 
  • 2 1/2 cawan air
  • 2 biji telur
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit garam

Cara memasak :

  1. Panaskan periuk kukusan hingga mendidih. Sapu loyang bulat 8″ dengan sedikit minyak. Ketepikan. (boleh juga letakkan plastik bersih dalam loyang yang disapu minyak tadi. Lebihkan sedikit plastik keluar supaya senang nak keluarkan adunan nanti).
  2. Bersihkan daun pandan, kerat kecil2 dan blend dengan air. Tapis untuk mendapatkan jus pandan.
  3. Dalam mangkuk besar, masukkan semua bahan kecuali roti. Kacau sekejap untuk melarutkan gula. Masukkan dalam blender dan blend hingga gula hancur. Tapiskan dalam mangkuk besar tadi.
  4. Rendamkan beberapa keping roti dalam adunan tadi dan ambil sekeping sekeping, susun ke dalam loyang. Buat hingga habis dan tuang sedikit lebihan adunan atas roti.
  5. Taburkan kismis sebagai hiasan.
  6. Kukus roti tadi selama 15 – 20 minit dengan api yang besar. Balut penutup kukusan dengan tuala supaya air tidak menitis ke atas puding.
  7. Disejukkan dalam peti ais dan biar betul betul sejuk baru dipotong, lagi best.

Selamat mencuba ….

Leave a Comment