Resepi Pulut Sekaya Kelantan

Share Yuk!

Resepi Pulut Sekaya – Kali ini saya menyediakan Pulut Sekaya sebagai hidangan petang untuk pengunjung yang datang ke rumah kami sehari sebelum Hari Malaysia. Untuk resep ini, masih menggunakan santan namun saya menggunakan sukatan bahan bahan sesuai dengan yang diajarkan oleh sahabat saya di Surau. Saya memang teruja melihat hasil lapisan atas dari resepi ini, cantik bila ada lubang lubang sedikit. Cuma warnanya sedikit pucat sedikit.

Resepi Pulut Sekaya
Gambar Pulut Sekaya

Resepi Pulut Sekaya

Saya membuatnya agak lewat malam kerana ingin memastikan kuih benar benar sejuk agar keesukannya boleh dipotong dengan cantik. Semasa menyediakannya saya melihat lapisan atasnya agak pucat kekuningan. Maklumlah warna ni banyak bergantung kepada gula Melaka yang kita gunakan. Susah sekarang ni nak mendapatkan gula asli Melaka yang hanya dibuat dari nyira kelapa dan tidak dicampur gula. Jom lah kita tengok resepi yang saya guna kali ini.

Bahan bahan Lapisan Atas :

  • 10 biji telur ayam
  • 2 cwn santan
  • 3/4 cwn gula
  • 2-3 keping gula Melaka – masak dg sedikit air dulu  
  • 2 sudu besar tepung gandum

Cara memasak :

  1. Masak gula melaka dengan sedikit air dan masukkan gula sehingga gula hancur, mengikut manis yang disukai.
  2. Pukul telur dan masukkan santan dan air gula yang dimasak tadi. Akhir sekali, masukkan gandum tepung.
  3. Tapis dan tuang atas lapisan pulut. Kukus sehingga masak.

Bahan Lapisan Bawah :

  • 500 gm beras pulut susu
  • 300 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 2 sk garam halus
  • Sedikit minyak masak (terutama jika guna santan kotak)

Cara memasak :

  1. Rendam pulut sekurang-kurangnya 4 jam. Basuh bersih dan toskan. Kalau guna beras pulut susu, tak perlu pun merendam. Kukus dengan semua bahan di atas selama 30 minit. Dialas plastik membungkus dulu, jika mahu terus menggunakan loyang yang sama. Apabila pulut masak, gaul hingga sebati. Tekan dalam loyang 10x10x2 “.
  2. Bila sudah benar benar sejuk, bolehlah dipotong dengan menggunakan plastik pisau. Hidangkan lah bersama dengan teh panas panas.


Share Yuk!

Leave a Comment