Resepi Sausage and Chicken Mushroom Crustless Quiche

Share Yuk!

Resepi Sausage and Chicken Mushroom Crustless Quiche – Saya ini belajar membuat Quiche yang mempunyai crust dengan kawan saya tapi saya mendapati membuat crustnya yang agak remeh sedikit terutama bahagian mencanainya. 

Resepi Sausage and Chicken Mushroom
Gambar Sausage and Chicken Mushroom

Jadi bila terjumpa resepi quiche tanpa crust, saya menjadi amat teruja untuk cuba membuatnya kerana saya amat menggemari quiche yang boleh menaikkan lagi kolesterol badan saya ni. Hahahah itu lah saya, bila stress jer makan tak hinggat. Macam mana nak buat ni?

Resepi Sausage and Chicken Mushroom Crustless Quiche

Selepas memasak Fettucinni with prawns and scallops pagi tadi, saya mula menyediakan bahan bahan untuk membuat crustless quiche. Sangat mudah menyediakannya kerana tak perlu lagi disediakan quiche crust tu. Rasanya tetap sedap. Jom layan resepi dulu…

Bahan bahan :

  • 1 sb butter
  • 1 sb olive oil
  • 1 green capsicum
  • 1 bawang besar kuning
  • 7 white button mushroom
  • 1 biji cili merah
  • 2 cawan sausage – potong
  • 1 cawan isi ayam
  • 4 telur besar
  • 1 1/2 cawan heavy cream
  • 1/4 sk garam
  • Black pepper
  • 1 cawan shredded cheddar cheese
  • 10″ pie plate/quiche dish

Cara memasak :

  1. Sapu butter pada bekas acuan pie. Panaskan oven pada suhu 170.
  2. Panaskan olive oil dan butter atas api sederhana sehingga butter cair. Masukkan isi ayam. Kemudian masukkan sosej.
  3. Masukkan pula sayuran yang dihiris. Tabur secubit garam dan juga serbuk lada hitam. Kacau rata. Masukkan ke dalam bekas acuan pie.
  4. Tabur cheese parut di atasnya secara rata.
  5. Di dalam bekas lain, pukul telur, cream, garam dan black pepper. Tuangkan ke atas lapisan cheese tadi.
  6. Akhir sekali, taburkan cheese lagi di permukaan, jika suka.
  7. Bakar di dalam oven selama 30 minit atau sehingga masak bila dicucuk dengan lidi atau cake tester.
  8. Boleh dipotong dan dihidangkan.

Nota :

Boleh juga diganti dengan leek, asparagus atau apa apa yg disukai

Enjoy …


Share Yuk!

Leave a Comment