Resipi Agar-Agar Sirap Rose

Share Yuk!

Resipi Agar-Agar Sirap – Hari ini tiba tiba teringin buat kuih yang lembab basah kerana saya memang berbuka dengan kuih seperti ini seperti nekbat, biji nangka, sekaya telur, lompat tikam, puteri mandi yang semuanya basah dan lembab. Lagipun agar-agar ini sangat cepat tersedia, sangat mudah semudah ABC. Saya tak mahu menghabiskan banyak masa di dapur di bulan Ramadhan ini. Sebaik habis makan, hubby sudah siap untuk ke masjid. Jadi saya memang belum habis mengunyah makanan, sudah lari wudhu. Tapi saya gembira dengan kesempatan dan rezeki yang diberi.

Resipi Agar-Agar Sirap
Gambar Agar-Agar Sirap

Berpeluang ke masjid juga adalah satu rezeki, lebih lagi lagi berpeluang berada dalam majlis ilmu yang mana ada malaikat yang akan memayungi kita dengan sayapnya. Kita juga bisa merapatkan ukhuwwah saat berjumpa di masjid.

Resipi Agar-Agar Sirap Rose

Jika datang ke masjid, kita juga akan mendapat keberkatan kefahaman kerana yang dekat dengan guru. Jika ke masjid, kita mendapat pahala perjalanan pergi dan pulang ke masjid. Kumpullah pelaburan sementara penuh masih diberi. Jika tidak di bulan Ramadhan ini, bila lagi? Yuk kita cobain resipi dibawah ini.

Bahan bahan :

  • 20 gram agar-agar bertali 
  • 230 gram gula atau secukupnya
  • 4 mug air
  • 1 helai daun pandan
  • Sedikit gula batu, jika suka
  • Sedikit sirap ros
  • Sedikit pewarna merah, jika suka

Cara memasak :

  1. Masak agar agar dan agar agar agar hancur. Kemudian masukkan gula secukup manis dan kacau sampai adunan larut dan sebati.
  2. Masukan pati sirap dan daun pandan. Biarkan sampai mendidih.
  3. Tapis dan tuang ke dalam loyang / bekas agar agar yang telah dibasahkan terlebih dahulu.
  4. Sejukkan seketika sebelum di tambi sejuk.


Share Yuk!

Leave a Comment