Resipi Chicken Pie Sedap

Share Yuk!

Resipi Chicken Pie – Selain Blueberries Cheese Tart yang saya pernah buat sebelum ini, Aween juga meminta saya membuatkan Chicken Pie yang memang digemarinya. Kalau di bulan puasa cafe di pejabat saya ada menjual chicken pie di sebelah petangnya. Biasanya saya akan beli sehingga 10 biji setiap kali kerana tahu anak anak semua suka chicken pie.

Resipi Chicken Pie
Gambar Chicken Pie

Beberapa hari lepas, cafe ada pulak menjual chicken pie untuk hidangan petang. Sahabat saya Rohaya bertanya kalau saya ingin membelinya kerana dia tahu yang selalu membeli chicken pie yang banyak di bulan Ramadhan. Balik dari sekolah, dia terus makan chicken pie yang dibeli dan berpesan supaya saya membelinya lagi.

Bila diberitahu yang chicken pie tidak dijual setiap hari, dia mencadangkan supaya saya belajar dan membuat sendiri Chicken Pie. Hmmm macam mana tu? Ibu mana sekali pun tak akan sampai hati untuk tidak menunaikan permintaan anak anak, lebih lebih lagi bila kami akan meninggalkan mereka beberapa hari minggu depan.

Resipi Chicken Pie

Saya mencari resepi chicken pie dalam google dan memilih resepi ini yang nampak sedap. Sebenarnya filling tu boleh jer dimasak mengikut cara sendiri. Campak jer apa apa yang dikehendaki. Yang penting tu crust resepi ini sangat sedap, cukup rangup. Rangup di luar dan lembut di dalam tapi tidak mudah terkoyak Ini yang kita mahu untuk crust pie.

Bahan Pastri :

  • 250 gm tepung gandum
  • 200 gm butter – lembut
  • 110 gm yoghurt
  • 1 kuning telur
  • 1 sudu kecil gula (opsyenal)
  • Secubit garam

Cara memasak :

  1. Masukkan bahan bahan ke dalam mangkuk kecuali yoghurt. Gaul sehingga menjadi crumble.
  2. Masukkan yoghurt tu dan kacau sehingga menjadi doh yang sangat lembut. Jika terlalu lembut, masukkan sedikit demi sedikit tepung ke dalamnya sehingga menjadi doh.
  3. Simpan di dalam peti ais selama 30 minit.
  4. Sementara itu, bolehlah disediakan chicken pie filling.

Bahan Chicken Pie’s Filling :

  • 500 gm isi ayam – hiris kecil
  • 1 karot – potong kecil
  • 1 biji green capsicum – potong kecil
  • 1 bawang besar – potong kecil
  • 4 ulas bawang putih – cincang
  • 120 gm white button mushroom – hiris
  • 2 sudu besar olive oil

Perap ayam dengan :

  • 1 sudu besar oyster sauce
  • 1/2 sudu kecil serbuk perencah Secukup Rasa
  • Parsley flake
  • 1 sudu kecil sesame oil
  • Sedikit serbuk black pepper
  • 1 sudu besar tepung jagung + 3 sb air (memekatkan)
  • 1 biji telur – pukul (lenser)

Cara memasak :

  1. Panaskan minyak olive. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
  2. Masukkan karot dan kacau rata sehingga separuh masak, kemudian ayam yang diperap sehingga masak.
  3. Masukkan mushroom dan capsicum, kacau sebentar supaya tidak terlebih masak.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau sehingga pekat dan sesuaikan rasa.

Cara Membuat Pie :

  1. Panaskan oven pada suhu 180C.
  2. Tekan tekan doh dengan tangan pada ketebalan 1/4 cm (atau asal tidak terkoyak) atas papan pencanai yang ditabur tepung.
  3. Letak atas acuan pie dan biarkan lebih. Tekan mengikut bentuk acuan dan gunting lebihan doh mengikut bentuk acuan.
  4. Sudukan inti ayam ke dalamnya.
  5. Tutup permukaan dengan sekeping doh lain dan gunting lebihan doh. Tekan keliling doh dengan menggunakan garpu supaya kedua dua doh melekat.
  6. Cucuk permukaan atas dengan garpu supaya wap boleh keluar semasa dibakar.
  7. Sapu permukaan atas dengan telur yang telah dipukul tadi.
    Bakar pada suhu 180C selama 35 minit atau sehingga pie menjadi keperangan.
  8. Bolehlah dihidangkan sewaktu panas panas. Tengok gambar gambar bawah ni …. hmmm so yummy … saya mahukan gambar yang nampak hidup dan sharp tapi saya belum berhasil.

https://www.aziekitchen.com/2012/04/chicken-pie-yang-sangat-sedap.html


Share Yuk!

Leave a Comment